Analisis GOLD – Emas Gelongsor Di Sesi Eropah Selepas Mendatar Di Awal Minggu

811

Komoditi emas didagangkan mendatar pada awal minggu dipengaruhi oleh pergerakan suram US dolar susulan cuti umum di Amerika Syarikat (AS), dengan tumpuan pelabur kini terarah pula kepada penerbitan data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM setelah pelabur menyaksikan bacaan kurang memberangsangkan minggu lalu pada data tinjauan pembuatan AS.

Pergerakan US dolar masih perlahan bersambung pada hari ini (Selasa) berikutan kewaspadaan pelabur menjelang laporan minit mesyuarat FOMC dan seterusnya pada laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu.

Minit FOMC akan memberikan pandangan terperinci di sebalik pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) tentang kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas bagi memerangi inflasi pada mesyuarat terbaru.

Selain itu, berlakunya peningkatan sedikit terhadap hasil bon AS 10 tahun, membuatkan dagangan komoditi emas bergerak terhad.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas telah kembali meningkat semula di atas zon 1800.00 setelah penurunan pada Jumaat lalu telah mencecah 1785.00.

Harga bergerak mendatar sepanjang dagangan Isnin semalam dengan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dilihat sedang menyokong harga emas daripada jatuh semula.

Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga dilihat sedikit meningkat di sesi Asia namun masih dalam pergerakan yang perlahan dengan zon sekitar 1810.00 menjadi halangan buat harga meneruskan kenaikan seperti dagangan semalam.

Penurunan harga emas mula dilihat berlaku pada sesi Eropah petang ini dengan harga menuju semula ke zon penting 1800.00 sebelum jangkaan penurunan yang bakal diteruskan akan mencecah semula pada zon support 1785.00 yang diuji pada Jumaat lalu.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut pula bakal mencatatkan paras terendah terbaru harga emas untuk tempoh 7 minggu.

Sebaliknya jika paras MA50 berjaya terus menyokong harga untuk melantun semula dan harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon 1815.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan bakal berlaku selepas isyarat pergerakan bullish harga emas yang lebih ketara.

Untuk kenaikan lebih tinggi, harga dilihat bakal menguji rintangan pada 1830.00, antara paras yang menjadi tumpuan penting sebelum ini dan berkemungkinan paras lebih tinggi mampu dicapai oleh emas bergantung kepada situasi semasa dalam pasaran.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat