Analisis GOLD – Emas Masih Bergelut Di Bawah Zon $1,680

518

Pergerakan mendatar emas memasuki hari ketiga selepas corak penurunan nilai di awal minggu tidak diteruskan.

Pengukuhan US dolar ekoran sentimen pasaran yang berisiko di awal minggu telah memberi tekanan terhadap harga emas dalam pasaran, namun pergerakan harga mula mendatar sementara pasaran memberi tumpuan pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang mendatar di antara julat zon harga 1660.00 dan 1680.00.

Pelabur juga belum mendapat petunjuk bagi arah pergerakan yang jelas buat emas dengan harga berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Rintangan buat harga masih dilihat pada sekitar 1680.00 selepas lonjakan pada Selasa lalu gagal melepasi ke paras lebih tinggi sebelum melantun susut semula ke zon 1660.00 yang menjadi zon sokongan buat harga.

Sekiranya harga berjaya menunjukkan lonjakan melepasi rintangan 1680.00, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk pergerakan trend bullish buat emas.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menjengah semula zon tumpuan 1700.00 sebelum mencabar pula zon rintangan minggu lalu pada 1720.00.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga emas lebih rendah melepasi zon 1660.00 pula, harga dilihat lebih cenderung untuk menuju ke sekitar 1640.00 bagi menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lanjut harga melepasi zon RBS 1640.00 itu akan menjangkakan harga untuk mencecah kembali zon support pada 1615.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat