Analisis GOLD – Harapan Pelabur Emas Berkecai Lagi

1,289

Dagangan emas di sesi New York pada Rabu lalu memberikan kegembiraan buat para pelabur emas apabila nilai logam kuning tersebut pamerkan kenaikan menjelang mesyuarat FOMC.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga melonjak semula dari paras 1765.00 selepas menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Mesyuarat FOMC dengan keputusan polisi yang kekal longgar oleh Federal Reserve (Fed) telah mendorong kenaikan lebih tinggi harga emas ekoran penyusutan US dolar.

Namun, kegembiraan pelabur tidak kekal lama apabila harga mula susut semula selepas mencapai paras ketinggian 1790.00 pada sesi Asia semalam.

Pergerakan harga lebih agresif pada sesi New York semalam dengan reaksi pasaran terhadap data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama 2021 yang meningkat dan mengukuhkan semula dagangan US dolar.

Penurunan harian harga emas semalam melebihi 300 pips mencecah paras terendah 2 minggu mencecah 1756.00 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi ke paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Pergerakan harga masih memberikan isyarat trend bearish selepas harga pada sesi Asia pagi ini kembali menyambung penurunan di bawah halangan MA50 menuju semula zon RBS 1765.00.

Penurunan lebih rendah harga emas akan dijangkakan sekiranya US dolar berjaya kekalkan momentum pengukuhannya.

Zon RBS 1745.00 dilihat paras sokongan terhampir yang akan menjadi tumpuan pada penurunan harga emas yang berterusan.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula dari zon RBS 1765.00, pelabur akan kembali lega untuk jangkaan kenaikan harga menuju semula ke zon rintangan 1800.00.

Zon tersebut masih gagal ditembusi selepas diuji sejak minggu lalu dan kekal menjadi sasaran tumpuan oleh penganalisis pasaran.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat