Analisis GOLD – Harga Emas Susut Semakin Jauh Dari Sasaran $1,800

1,415

Seperti yang digelisahkan para pelabur emas pada minggu ini, nilai logam kuning tersebut terus susut lebih rendah pada dagangan yang bersambung pada Rabu.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menunjukkan corak penurunan selepas mendatar di awal minggu.

Setelah gagal mencapai paras jangkaan 1800.00 minggu lalu, dagangan pada minggu ini bergerak di bawah rintangan 1785.00 dan juga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga dilihat susu lebih rendah pada awal sesi Asia dan menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1765.00.

Paras tersebut telah berjaya menyokong semula kenaikan harga pada penurunan minggu lalu. Namun, adakah situasi sama akan berulang pada kali ini atau sebaliknya?

Sekiranya harga tembus lebih rendah lepasi zon RBS tersebut, penurunan harga seterusnya dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1745.00 sebelum menuju ke paras 1720.00 pada penurunan selanjutnya.

Namun, jika harga berjaya melonjak selepas menguji zon RBS 1765.00, pelabur akan kembali meletakkan harapan untuk emas menguji zon rintangan 1800.00.

Harga emas perlu melepasi zon tersebut sebelum berjaya mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru 9 minggu.

Zon 1815.00 seterusnya akan menanti kenaikan harga yang diteruskan yang sebelum ini menjadi tumpuan pada dagangan Februari.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat