Analisis GOLD – Memang Menggila, Harga Emas Susut Dengan Parah

2,950

Meninjau kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat turut mempersembahkan aksi terjunan sehingga lah menembusi zon RBS (resistance become support) pada 1780.00.

Terjunan itu memperlihatkan pergerakan harga emas masih tidak berupaya untuk kekal bertahan di zon rintangan 1800.00 dan seterusnya telah menjunam menghampiri 300 pips pada penutup dagangan Oktober.

Namun begitu, harga nampaknya kembali mendaki semula pada penghujung sesi untuk menutup dagangan Jumaat di atas paras 1780.00 sebelum menyambung sedikit lonjakan pada pembukaan pasaran November.

Tidak mustahil untuk kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang sama sekali telah memacu matawang USD kembali mencatatkan pengukuhan selain telah disokong oleh beberapa faktor.

Data-data penting berkaitan USD yang akan diterbitkan pada minggu ini serta laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) turut akan menjadi penilaian kepada pelabur untuk melihat hala tuju emas yang berikutnya.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah dijangka akan menjadi faktor utama yang mungkin akan memberi sedikit manfaat kepada dagangan emas untuk melonjak semula.

Andai kata USD terus memberikan tekanan kepada harga emas untuk menyusut lebih rendah, zon RBS 1780.00 berkemungkinan akan sekali lagi ditembusi dan jangkaan akan mampu untuk menuju ke zon RBS 1760.00 pula.

Penurunan ke zon RBS terendah itu juga akan memperlihatkan pergerakan harga emas bagi memberi bayangan yang lebih ketara untuk membuat perubahan trend bearish.

Manakala sekiranya harga emas kembali memperoleh sokongan untuk meningkat lebih gah semula, zon rintangan 1800.00 dilihat akan diuji semula sebelum memapar pergerakan yang lebih ekstrem.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat