Analisis GOLD – Paras $1,830 Berjaya Sokong Emas Melonjak Semula

928

Emas beri sinar harapan semula kepada para pelabur selepas memaparkan lonjakan pada dagangan sesi New York semalam.

Sentimen pasaran yang berisiko susulan kebimbangan terhadap inflasi global dilihat menjadi faktor meningkatkan tarikan terhadap aset emas semula.

Namun US dolar yang turut mengukuh sebagai mata wang safe-haven mengehadkan lonjakan emas yang dijangka boleh meningkat lebih agresif.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan penurunan harga sebelum ini mencecah ke paras 1830.00 seperti yang dijangkakan penganalisis.

Setelah menguji zon RBS (resistance become support) tersebut, harga berjaya melonjak semula sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1850.00 semula di sesi New York.

Memberi isyarat untuk perubahan trend bullish, kenaikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Dagangan yang bersambung pada hari ini (Khamis), kenaikan harga emas masih diteruskan pada sesi Eropah walaupun pergerakan harga pada mulanya perlahan di sesi Asia.

Zon 1850.00 yang menjadi rintangan penting diuji harga dan berkemungkinan pelabur akan menyaksikan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan harga.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju zon ketinggian 1870.00 pula yang menjadi rintangan buat harga pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga emas kembali menyusut semula menuju ke penghujung minggu, harga bakal menguji semula zon RBS 1830.00.

Berjaya melepasi zon tersebut akan memberi petunjuk bearish buat harga untuk meneruskan penyusutan lebih rendah.

Zon tumpuan harga pada penurunan yang dilanjutkan adalah sekitar 1810.00 sebelum seterusnya tumpuan pada zon 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat