Analisis GOLD – Penangan FOMC, Emas Pacu Lebih Tinggi Lepasi Paras $1,740

797

US dolar gagal untuk mendominasi pasaran selepas mesyuarat FOMC pada pagi Khamis ini lalu memberikan ruang kepada dagangan komoditi emas untuk membuat lonjakan harga sekitar $30.

Selepas kenaikan kadar faedah dinaikkan sekali lagi sebanyak 75 mata asas kepada 2.50%, Pengerusi Jerome Powell mengatakan beliau tidak melihat Amerika Syarikat (AS) sedang dalam kemelesetan kerana kadar pengangguran berada pada paras yang rendah selain sektor pekerjaan kakal kukuh.

Selain itu, Powell menyokong idea bank pusat untuk membuat kenaikan kadar yang besar pada mesyuarat seterusnya, bergantung pada data ekonomi. Namun, dalam masa yang sama Powell memberitahu bahawa kadar kenaikan yang lebih perlahan mungkin diperlukan bagi memberi masa untuk menilai kesan langkah pengetatan.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pada sesi dagangan Asia semalam harga bergerak mendatar di bawah paras harga 1720.00 namun pada pembukaan dagangan sesi Eropah harga mula membuat peningkatan tetapi terbantut dan terus berlegar-legar di sekitar 1720.00 tersebut.

Pada dagangan sesi New York, pelabur menyaksikan lonjakan harga kesan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang menyusutkan nilai US dolar dalam pasaran dan membolehkan emas meningkat.

Kenaikan harga yang melepasi zon 1720.00 turut menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat pergerakan bullish buat emas selanjutnya.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini, harga dilihat bergerak mendatar pada zon support become resistance (SBR) 1738.00 namun bersambung pada dagangan Eropah harga telah berjaya menyambung lagi kenaikan dan dilihat bakal menguji semula zon rintangan pada 1760.00.

Untuk peningkatan harga seterusnya, kenaikan yang lebih tinggi bagi emas dijangkakan bakal menguji zon tumpuan 1785.00 sebelum menuju pula paras sasaran pada ketinggian 1800.00.

Sebaliknya, jika harga mempamerkan penyusutan harga semula, berkemungkinan harga akan kembali semula berlegar pada zon 1720.00 untuk memberi petunjuk pergerakan selanjutnya kepada pelabur.

Penyusutan lebih rendah bagi harga komoditi emas itu dijangkakan bakal mensasarkan ke paras 1700.00 untuk diuji, sebelum penurunan harga bakal diteruskan sehingga mencecah ke zon support 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat