Analisis GOLD – Pergerakan Harga Emas Kekal Bikin Pelabur Runsing

1,453

Laporan data pekerjaan ADP sektor swasta Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan melebihi daripada jangkaan sama sekali tidak langsung menyokong harga emas untuk menyusut lebih rendah.

Namun para pelabur kekal mengambil aspek tersebut sebagai faktor yang menggembirakan bagi jangkaan penerbitan data laporan pekerjaan NFP bagi bulan September pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, hasil perbendaharan AS 10 tahun yang dilihat membuat penurunan ke paras 1.52% daripada 1.57% telah memacu US dolar untuk kembali didagangkan lemah pada sesi New York semalam.

Melihat kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, harga emas hanya membuat rebounce pada zon RBS (resistance become support) 1746.00 sebelum melonjak semula.

Lonjakan semula yang berlaku tampaknya kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1760.00 yang merupakan benteng paling kukuh meskipun sudah diuji berulang kali pada sebelum ini.

Dagangan sesi Eropah hari ini (Khamis) menyaksikan pergerakan harga emas sedikit susut semula dan menguji paras 1760.00 pada ketika menuju ke pembukaan sesi New York.

Penurunan melepasi zon tersebut berkemungkinan harga mampu kembali mencecah zon RBS 1740.00 dan akan dirujuk oleh para pelabur bagi melihat respon pergerakan harga yang selanjutnya.

Jika pada kali ini harga berjaya menembusi zon RBS itu, jangkaan harga akan menguji semula zon sokongan 1720.00 bagi memberi isyarat untuk mengekalkan trend bearish.

Namun sekiranya pergerakan harga mampu mengorak langkah melepai zon SBR 1760.00, kebarangkalian harga berkemungkinan akan menuju ke zon SBR yang lebih tinggi sekitar 1780.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat