Analisis GOLD – Positif Buat Emas Selepas Rintangan $1,950 Akhirnya Ditembusi

1,466

Semakin lega pelabur emas lihat lonjakan yang berjaya diteruskan oleh dagangan logam kuning itu pada dagangan Khamis semalam.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga yang dipaparkan semalam akhirnya telah berjaya mengatasi rintangan 1950.00.

Jika diimbas pada minggu lalu, harga telah susut ke bawah paras tersebut dan menguji paras sokongan pada 1900.00.

Namun harga membuat kenaikan semula selepas reaksi mesyuarat FOMC sebelum harga terhalang di paras rintangan 1950.00.

Selepas mendatar di bawah paras 1950.00 hingga bersambung pada awal minggu ini, kenaikan harga akhirnya berjaya melepasi rintangan tersebut sebelum mencatatkan paras ketinggian sekitar 1965.00 pada sesi New York semalam.

Selepas menguji zon SBR (support become resistance) tersebut, harga sedikit susut pada dagangan hari ini (Jumaat) namun masih berlegar di atas paras 1950.00.

Pelabur masih optimis untuk emas meneruskan kenaikan dengan isyarat bullish harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jangkaan untuk kenaikan harga emas diteruskan pada penutup dagangan minggu ini bakal menuju ke paras tumpuan 2000.00 pula.

Jika melepasi paras tersebut pula akan menguatkan semula jangkaan pelabur untuk melihat harga emas kembali mencapai semula ketinggian 2070.00, zon harga tertinggi sepanjang masa buat emas.

Sebaliknya jika harga suram semula susut di bawah paras 1950.00, pelabur perlu bersedia untuk penurunan lebih rendah harga semula.

Zon support pada 1900.00 yang diuji pada minggu lalu bakal kembali dicecah semula selepas harga memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat