Analisis GOLD – Zon $1,760 Gagal Ditembusi, Emas Merangkak Suram Di Penghujung Minggu

793

Dagangan di penghujung menambahkan lagi kewaspadaan pelabur emas dengan ketidaktentuan pasaran dipengaruhi oleh faktor-faktor yang sedang menjadi tumpuan.

Kesukaran pelabur untuk menentukan arah pergerakan emas apabila US dolar yang menjadi pemacu kepada aset tersebut mempunyai kebarangkalian untuk menyusut dan mengukuh.

Menekan US dolar adalah apabila butiran minit mesyuarat FOMC yang diteliti menunjukkan gambaran bahawa Federal Reserve (Fed) bakal memperlahankan pengetatan dasar yang agresif sebelum ini.

Sementara, sentimen pasaran yang boleh menyokong pengukuhan US dolar adalah risiko penularan Covid-19 di China yang semakin membimbangkan.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memaparkan corak mendatar pada Khamis semalam.

Harga yang sebelum ini membuat kenaikan telah mendatar perlahan di bawah zon 1760.00 sejak sesi Asia semalam sehingga ke penutup sesi New York.

Malah, corak mendatar tersebut bersambung pada hari ini (Jumaat). Ada cubaan untuk meneruskan kenaikan, namun melantun jatuh semula selepas menguji paras 1760.00.

Harga turun untuk menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang bakal menjadi petunjuk untuk pergerakan harga emas selanjutnya.

Sekiranya harga kekal jatuh lebih rendah menembusi sokongan MA50, penurunan boleh dijangkakan untuk mencecah sehingga zon 1720.00 di penutup dagangan minggu ini.

Seterusnya, trend bearish akan dinilai dengan jangkaan harga boleh menyambung penurunan lebih rendah ke sekitar zon 1700.00.

Sebaliknya, jika harga melantun semula di paras MA50 dan berkemungkinan harga boleh melepasi rintangan 1760.00 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan kembali menuju semula ketinggian yang dicapai minggu lalu pada 1785.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat