Analisis Solana – Harga Dijangka Naik Ke $80?

663

“Apa-apa pun korang jangan lupa juga tau buat analisis sendiri.”

Semasa seluruh pasaran mata wang kripto menyaksikan pemulihan, Solana (SOL) turut enggan ketinggalan apabila harganya berusaha sedaya upaya menggunung tinggi melalui beberapa perkembangan dilaksanakannya.

Menurut Anatoly Yakovenko, co-founder Solana Labs berkata bahawa pasukannya yang sedang meneliti kedudukan aset digital itu dalam pasaran stablecoin sungguh percaya terhadap peralihan kewangan pada platform seperti Solana.

Sungguhpun telefon Solana Saga kini hanya terjual 2,200 unit, Yakovenko yang ingin mewujudkan pangkalan pengguna teguh telah menekankan keperluan untuk jualan lebih tinggi sebanyak 25,000 sehingga 50,000 unit.

Telefon itu memuatkan semua fungsi biasa yang diharapkan pengguna daripada telefon pintar dan menambahkan pengalaman Web3 termasuk kedai aplikasi decentralized (DApp) serta penyepaduan lancar merentasi wallet kripto atau DApps.

Yakovenko turut membayangkan inisiatif berpotensi seperti melancarkan modal baharu, menambah baik aplikasi, memperkenalkan diskaun kedai dan lain-lain.

Sekarang, mari teliti carta pergerakan harga semasa SOL/USDT.

SOL yang kini didagangkan pada $63.59 telah mencatatkan kenaikan 5.29% dalam tempoh 24 jam lalu dan raih 8.66% sepanjang minggu lepas.

Harganya pernah mencapai $67 pada 16 November 2023 yang merupakan paras tertinggi untuk dagangan tahun ini.

Dari pandangan sudut teknikal, SOL pada masa ini sedang berada dalam fasa consolidate di mana harganya sukar untuk menebusi $66 dan sentiasa berlegar-legar di bawah paras tersebut sejak tiga minggu lalu.

Namun, SOL dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga $80 jika harganya dapat memecahkan zon rintangannya pada $66, tetapi jika gagal maka aset digital tersebut mampu menguji semula paras $51 atau $47.

Pun begitu, sekiranya SOL tembus bawah daripada paras tersebut dan secara berterusan melakukan pergerakan menurun, maka harganya boleh melihat penyusutan lebih drastik sehingga $33.60 diikuti $18.

Lihat gambar carta mata wang kripto SOL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat