Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 22/11/2018

172

Setelah pergerakan harga yang menurun pada chart pasangan matawang AUD/USD sejak dagangan awal minggu lagi, akhirnya dapat dilihat harga kembali membuat kenaikan pada sesi dagangan semalam. Sentimen pasaran yang kembali pulih semalam mendorong pelabur untuk beralih ke arah aset berpulangan tinggi di mana membantu meningkatkan permintaan terhadap matawang dollar AUD. Di samping itu juga, faktor yang menyokong Aussie untuk melonjakkan harga pada chart AUD/USD adalah disebabkan matawang USD yang didagangkan lemah. Data barangan tahan lama AS yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan yang rendah dan data ini juga menjadikan bacaan bulan ketiga berturut-turut tersasar dari ramalan seterusnya menyokong spekulasi terhadap perang dagang yang berlarutan memberi kesan kepada permintaan peralatan perniagaan. Harga membuat kenaikan dari paras sekitar 0.72100 dan menguji paras Magic Pivot sebelum menyambung kenaikan sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum mula menunjukkan sedikit penurunan pada akhir sesi dagangan New York.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat terus menyambung penurunan menuju ke paras Magic Pivot 0.7247 hari ini dan terlihat menguji paras tersebut menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan menyambung kembali kenaikan yang dilakukan semalam dan menuju ke paras resistance 0.7293 (MagicR1). Jika Aussie terus didagangkan mengukuh berbanding USD, harga bakal melonjak ke paras lebih tinggi dan berkemungkinan menuju ke paras resistance 0.7323 (MagicR2). Sekiranya harga terus melonjak melepasi paras tersebut, jangkaan harga bakal mencari paras ketinggian semasa yang baru pada chart AUD/USD sehingga ke paras sekitar 0.7368 (MagicR3) dan menguji zon ketinggian harga pada Ogos yang lalu.

Namun, jika matawang AUD didagangkan merosot dan pergerakan harga lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga bakal membuat penurunan dan dilihat akan menuju ke paras support pada 0.7217 (MagicS1). Harga yang berjaya menembusi paras tersebut, kemudiannya dijangka akan meneruskan penurunan menuju pula ke paras support sekitar 0.7172 (MagicS2) untuk menguji paras terendah harga pada dagangan minggu lalu. Dan sekiranya, harga terus mengalami kejatuhan ke paras lebih rendah, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 0.7142 (MagicS3).

Perhatikan sentimen dalam pasaran semasa  dan juga perkembangan perang dagang yang memberi kesan kepada nilai matawang Aussie. Untuk memudahkan lagi analisis teknikal anda, gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD untuk mencari paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 0.7217, 0.7172, 0.7142.

Paras resistance: 0.7293, 0.7323, 0.7368.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat