Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 24/10/2018

186

Sentimen pasaran yang kembali dilihat berisiko turut memberi kesan terhadap nilai matawang Aussie. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga beberapa kali membuat penurunan dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga masih gagal menembusi paras tersebut sebelum kembali menutup harga sedikit rendah dari paras Magic Pivot semalam. Faktor perang dagang dilihat antara isu terbesar yang mempengaruhi kemerosotan nilai AUD pada waktu ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 0.7076 hari ini dilihat membuat kenaikan sehingga telah melepasi paras resistance 0.7097 (MagicR1) dan menuju ke paras resistance 0.7111 (MagicR2) di mana harga semasa berada pada paras 0.71000 setakat jam 2.26 petang. Jika harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, resistance pada 0.7132 (MagicR3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun, jika USD kembali mengukuh berbanding AUD dan menekan harga lebih rendah, harga bakal mengalami kejatuhan semula dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7076 seterusnya menuju ke paras support 0.7062 (MagicS1) untuk menguji paras yang gagal ditembusi harga semalam. Kemudiannya, harga dijangka akan membuat penurunan ke paras support 0.7040 (MagicS2) yang merupakan zon major support yang telah diuji beberapa kali pada Oktober namun gagal ditembusi. Sekiranya harga berjaya breakout paras support ini, harga bakal membuat paras lower low terbaru dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 0.7026 (MagicS3) sebelum harga meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Dagangan pada minggu ini masih dibayangi pelbagai isu seperti risiko geopolitiok dan perang dagang AS-China yang turut menyumbang kepada perubahan majoriti nilai matawang utama dunia khususnya Aussie. Teliti paras support dan resistance pada chart AUD/USD dengan membandingkan paras-paras harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7062, 0.7040, 0.7026.

Paras resistance: 0.7097, 0.7111, 0.7132.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat