Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 28/12/2018

104

Ekoran daripada isu terbaru berkaitan perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China yang kembali tegang, matawang dollar AUD antara yang menerima tempiasnya. Terbaru, pentadbiran Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan arahan eksekutif untuk tahun hadapan untuk menghalang syarikat-syarikat di Amerika daripada menggunakan produk Huawei Technologies dan ZTE daripada China. Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam, harga telah turun ke paras sekitar 0.70200 dan menguji zon support pada dagangan Oktober lalu. Jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line pula, harga dari paras berhampiran resistance MagicR1 telah turun lebih rendah dari paras Magic Pivot dan mencecah sehingga ke paras support MagicS2 yang berhampiran zon major support yang diuji pada Oktober lalu dan dilihat masih gagal menembusi paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat kembali menunjukkan kenaikan dan telah bergerak naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7039 hari ini dan menuju ke paras resistance 0.7062 (MagicR1). Jika dagangan hari ini menunjukkan harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras resistance itu, jangkaan harga bakal menuju pula ke paras 0.7100 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) semasa pada chart AUD/USD. Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan menyentuh paras resistance pada 0.7124 (MagicR3).

Namun jika harga kembali didagangkan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga bakal breakout paras major support 0.70200 dan bakal mencatatkan paras terendah yang baru sejak Januari 2016 yang lalu berkemungkinan menuju ke paras support 0.7001 (MagicS1). Penurunan lebih rendah harga dilihat akan ke paras sekitar 0.6977 (MagicS2) sebelum harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras serendah 0.6940 (MagicS3) sekaligus mencatatkan paras terendah yang baru dalam tempoh dua tahun dagangan.

Terus ikuti perkembangan isu perang dagang AS-China dan ekonomi di Australia serta China yang sangat memberi kesan terhadap perubahan nilai matawang Aussie dalam pasaran. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart AUD/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang posisi dagangan yang berpotensi.

 

Paras support: 0.7001, 0.6977, 0.6940.

Paras resistance: 0.7062, 0.7100, 0.7124.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat