Analisis Teknikal BTC/USD – Timeframe Daily – 6/2/2018

773

Pada 2 Februari lalu, harga bitcoin didagangkan pada sekitar level support $8,000 walaubagaimanapun, ia gagal untuk kembali pulih semula ke paras harga $10,000 bagi membentuk new LH tetapi ia terus breakout $7,410 untuk bearish ke harga lebih rendah.

Jika diperhatikan secara teknikal, ia membentuk pattern descending triangle dan mengikut pengiraan range pergerakan – dijangkakan penurunan ini akan berakhir setelah ia mencapai sekitar Key Support Zone seterusnya iaitu sekitar harga $5,500 – $4,810.

Kejatuhan ini kemungkinan disebabkan berlakunya panik selling dalam pasaran disebabkan beberapa isu di China dan ini telah memberi peluang kepada long-term pelabur untuk membeli dengan harga yang lebih mudah.

Dan target yang sesuai yang boleh diperhatikan adalah sekitar harga Key Support Zone. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support Zone, harga bitcoin akan terus bearish ke harga yang lebih rendah. Oleh itu, penting untuk memperhatikan apabila ia mencapai Key Support Zone ataupun ia akan mulai kembali pulih dari paras harga terkini iaitu $6,546.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat