Analisis Teknikal CAD/JPY – Timeframe H1 – 8/8/2018

657

CAD dilihat lemah atas jangkaan data pekerjaan Kanada pada Jumaat ini merosot ekoran daripada data IVEY PMI yang melemah semalam. Tambahan lagi terdapat pertikaian diplomatik antara Kanada dan Arab Saudi berkenaan isu kebebasan hak manusia sehingga terkesan terhadap perdagangan dua hala. JPY pula dijangka mendapat permintaan berikutan isu geopolitik antara AS-Iran yang menggugat USD.

Secara teknikal, CADJPY dilihat cenderung meneruskan penurunan yang dibuat sejak semalam setelah breakout dan keluar daripada julat harga 85.853-85.146. Harga membuat penuruan sehingga paras 85.800 sehingga jam 6 petang dan berpotensi untuk mencapai paras support sebelum ini iaitu pada paras 84.300.

Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:

Paras support: 85.023, 84.731, 84.316.
Paras resistance: 85.730, 86.145, 86.437.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat