Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 18/9/2018

551

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam melihatkan harga telah bergerak melepasi paras zon resistance 1.16500 dan juga Magic Pivot dan terus membuat kenaikan ke paras resistance MagicR1 hampir menyentuh paras zon resistance 1.17000. Pada awal sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga dilihat membuat sedikit penurunan dan menyentuh paras Magic Pivot 1.1667 sebelum kembali membuat kenaikan semula. Harga dilihat sedang menguji paras zon resistance 1.17000-1.17200 di mana harga semasa berada di paras sekitar 1.17090 setakat jam 2.10 petang.

Harga dilihat menguji paras zon resistance 1.17000 di mana di zon tersebut juga terdapat satu resistance 1.1715 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line. Jika harga berjaya breakout zon resistance tersebut, harga dilihat berpotensi untuk menuju ke paras resistance 1.1747 (MagicR2) melepasi paras ketinggian yang dicapai harga pada Jumaat lalu. Seterusnya, jika harga terus membuat Higher High yang baru, paras resistance yang dilihat berkemungkinan untuk dicapai harga adalah pada paras resistance 1.1795 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal untuk breakout zon resistance 1.17000-1.72000, harga dijangka akan membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot dan seterusnya ke paras support 1.16500. Jika USD terus mengukuh dan menekan harga lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.1634 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support yang lebih rendah lagi pada paras 1.1586 (MagicS2). Jika penurunan harga masih diteruskan lagi, pasaran akan menjangka harga akan turun melepasi paras support 1.1554 (MagicS3) sebelum menguji satu paras zon major support iaitu di 1.15300.

Pasaran semasa tertumpu terhadap ketegangan perang dagang di mana Presiden Trump telah mengumumkan tindakan tarif tambahan terhadap barangan China yang akan bermula pada 24 September ini. Tentukan posisi trade yang terbaik dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu trading anda.

 

Paras support: 1.1634, 1.1586, 1.1554.

Paras resistance: 1.1715, 1.1747, 1.1795.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat