Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 2/11/2018

308

Setelah harga mencecah ke paras terendah pada 1.13000 pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Rabu lalu, harga dilihat telah membuat kenaikan yang ketara pada sesi dagangan semalam dengan matawang USD didagangkan lemah berbanding hampir semua majoriti matawang utama yang lain. Harga dilihat telah melonjak dari paras Magic Pivot semalam pada awal sesi pasaran Asia sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sehingga pasaran ditutup pada sesi dagangan New York. Sentimen pasaran yang kembali pulih bakal memberi tekanan kepada matawang USD namun pasaran akan tertumpu kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan malam ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan setelah membuat kenaikan yang drastik pada dagangan semalam dan kelihatan sedikit bergerak menurun menuju ke paras Magic Pivot 1.1379 hari ini. Namun, bersambung ke sesi pasaran Eropah harga dilihat kembali membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance pada 1.1447 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju ke paras zon SBR (support become resistance) dan kelihatan paras resistance 1.1492 (MagicR2) turut berada berhampiran. Harga yang mengekalkan momentum lonjakan mampu mencapai paras ketinggian sehingga ke paras 1.1560 (MagicR3) untuk menguji paras SBR harga pada paras yang lebih tinggi.

Namun, jika USD kembali didagangkan mengukuh semula menjelang data pekerjaan NFP malam ini, harga dilihat akan bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada paras 1.1333 (MagicS1). Penurunan harga yang terus didominasi kembali oleh USD bakal melihatkan harga breakout paras 1.13000 untuk mencari paras terendah yang baru sekitar paras support 1.1266 (MagicS2). Jika harga masih mampu untuk turun lebih rendah lagi, harga berpotensi untuk mencecah penurunan sehingga ke paras 1.1220 (MagicS3).

Kawal posisi dagangan anda menjelang data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan beberapa jam lagi dan dijangka akan berlaku pergerakan besar harga dalam pasaran terutamanya pada chart EUR/USD. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1333, 1.1266, 1.1220.

Paras resistance: 1.1447, 1.1492, 1.1560.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat