Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 10/12/2018

634

Walaupun matawang Yen masih didagangkan lemah ekoran terkesan daripada sentimen pasaran yang berisiko, namun pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY terus menunjukkan penurunan berikutan matawang Sterling didagangkan lebih lemah berbanding Yen menjelang keputusan undian Parlimen Britain minggu ini. Harga dilihat menguji zon SBR (support become resistance) 144.000 pada dagangan Jumaat sebelum terus didagangkan menurun lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat memulakan dagangan lebih rendah di sekitar paras support 142.992 (MagicS1) dan membuat kenaikan menutup jarak (gap) yang kelihatan pada permulaan dagangan awal pagi tadi seterusnya menuju ke paras Magic Pivot 143.600 hari ini. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan awal harga akan ke paras resistance 143.984 (MagicR1) dan menguji semula zon SBR yang gagal ditembusi pada dagangan Jumaat lalu. Kemudian, harga akan meneruskan kenaikannya menuju pula ke paras resistance 144.592 (MagicR2) dan seterusnya sedikit lagi kenaikan akan menyaksikan harga menguji paras resistance 144.976 (MagicR3) yang berada di paras lebih tinggi.

Namun, jika harga gagal melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot, jangkaan harga akan terus membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 di paras permulaan dagangan minggu ini. Seterusnya, harga akan menguji paras terendah harga pada dagangan Oktober lalu di sekitar paras support 142.608 (MagicS2) dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras terendah terbaru pada chart GBP/JPY bakal dicatatkan berkemungkinan mencecah ke paras serendah 142.000 (MagicS3).

Sama-sama kita menunggu keputusan undian Parlimen Britain terhadap perjanjian Brexit dan beri tumpuan juga terhadap sentimen dalam pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Lihat paras support dan resistance pada chart GBP/JPY dan bandingkan dengan paras tumpuan harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 142.992, 142.608, 142.000.

Paras resistance: 143.984, 144.592, 144.976.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat