Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 14/12/2018

982

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam, harga dilihat bergelut untuk cuba mengekalkan kenaikan setelah lonjakan drastik dilakukan pada hari sebelumnya. Harga dilihat beberapa kali menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam namun gagal meneruskan kenaikan ke paras yang lebih tinggi dan menutup dagangan harian di paras sekitarnya. Pasaran masih cuba terus optimis terhadap perkembangan Brexit yang dilihat semakin terus menggugat kepimpinan Theresa May untuk memperjuangkan pelan perjanjian Brexitnya yang turut mendapat penentangan dari partinya. Yen pula dijangka akan kembali mengukuh berikutan sentimen pasaran dijangka akan kembali berisiko ekoran terkesan daripada faktor ekonomi di China yang terjejas dan turut bakal memberi kesan ke atas ekonomi global.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat penurunan dari paras tertinggi dagangan semalam dan turun melepasi paras Magic Pivot 143.477 hari ini. Harga kemudian terus menyambung penurunan menuju ke paras support 143.031 (MagicS1). Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah melepasi paras support tersebut, jangkaan paras 142.300 (MagicS2) akan menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya. Dan sekiranya momentum penurunan harga berjaya dikekalkan, harga akan menguji pula zon support pada chart GBP/JPY di sekitar paras 141.854 (MagicS3) yang terus diuji sejak awal dagangan minggu ini.

Namun, jika harga dilihat kembali bergerak melawan arah dan membuat kenaikan semula mengatasi paras Magic Pivot, jangkaan paras ketinggian harga semalam bakal diatasi dan harga akan menuju ke paras resistance pada 144.208 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan terus mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras resistance sekitar 144.654 (MagicR2) sebelum lonjakan seterusnya pada chart GBP/JPY dilihat berpotensi mencapai paras ketinggian sehingga 145.385 (MagicR3).

Pantau perkembangan isu Brexit dan juga sentimen pasaran semasa jika anda memilih posisi dagangan pada GBP/JPY. Sentiasa kawal risiko dalam dagangan anda dan berpandukan indicator Moshed Magic Line, rancang strategi yang terbaik dalam analisis teknikal harian untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

Paras support: 143.031, 142.300, 141.854.

Paras resistance: 144.208, 144.654, 145.385.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat