Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 16/1/2019

562

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam menunjukkan harga mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tahun ini di sekitar paras 140.430 iaitu lebih tinggi dari paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Kemudiannya, harga telah membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS2 menjelang keputusan undian akhir Brexit diumumkan. Setelah keputusan undian diumumkan PM May kalah dengan majoriti 230 undian tidak menyokong pelan perjanjian Brexit beliau, harga kembali melonjak semula sehingga ke paras resistance MagicR1 semula sehingga ke penghujung sesi pasaran New York dan menutup dagangan di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga menunjukkan sedikit penurunan ke paras Magic Pivot 139.144 hari ini namun dilihat pantul semula namun masih berlegar di paras sekitarnya sehingga ke penghujung sesi. Jika harga gagal turun lebih rendah dan kembali membuat kenaikan semula, jangkaan kenaikan awal harga akan menuju ke paras resistance pada 140.947 (MagicR1). Seterusnya, harga akan menuju pula ke paras sekitar 142.231 (MagicR2) jika kenaikan harga berjaya diteruskan dan paras resistance lebih tinggi yang berada pada 144.034 (MagicR3) berkemungkinan menjadi tumpuan harga pada kenaikan yang seterusnya untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart GBP/JPY.

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras support tumpuan harga yang terus diuji sehingga dagangan semalam iaitu pada paras 137.860 (MagicS1). Seterusnya, jika harga berjaya turun melepasi paras tersebut, harga berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 136.057 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga berpotensi mencecah sehingga ke paras serendah 134.773 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan lanjut selepas keputusan undian Brexit diumumkan yang akan terus memberi kesan terhadap perubahan pada nilai Sterling dalam pasaran. Beri tumpuan juga terhadap perubahan sentiman dalam pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan dalam analisis teknikal harian anda untuk membantu anda membuat keputusan dengan lebih jelas dan meningkatkan lagi kualiti hasil analisis dagangan anda.

 

Paras support: 137.860, 136.057, 134.773.

Paras resistance: 140.947, 142.231, 144.034.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat