Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 19/12/2018

366

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga dilihat bergerak agak mendatar pada dagangan sesi pasaran semalam berikutan kedua-dua matawang didagangkan positif dalam pasaran semasa. Harga mendatar sejak sesi pasaran Asia semalam namun dilihat sedikit melonjak menguji paras Magic Pivot ekoran perkembangan semasa dalam isu Brexit menunjukkan isyarat yang positif. Namun, harga gagal menembusi ke paras lebih tinggi sebelum kembali turun dan bergerak mendatar semula sehingga sesi dagangan New York ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga menunjukkan tanda-tanda kenaikan di mana harga bergerak naik melepasi paras Magic Pivot 142.234 hari ini menuju ke paras resistance 142.552 (MagicR1). Namun, belum sempat harga menyentuh paras resistance tersebut, harga kembali turun semula lebih rendah dari paras Magic Pivot. Pada awal sesi pasaran Eropah, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot dan menguji paras tersebut buat seketika. Jika harga gagal melonjak semula lebih tinggi, harga berkemungkinan menuju ke paras support 141.828 (MagicS1) sebelum turun lebih rendah menguji zon major support 141.510 (MagicS2) yang gagal ditembusi ketika dagangan awal bulan ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras support pada 141.104 (MagicS3) dilihat paras awal yang menjadi destinasi tumpuan penurunan harga seterusnya.

Namun jika harga kembali melonjak apabila Sterling didagangkan lebih mengukuh berbanding Yen, harga bakal membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1 dan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance pada 142.958 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan harga akan menguji paras resistance sekitar 143.276 (MagicR3) untuk harga cuba mengatasi paras ketinggian harga pada dagangan yang dicapai pada Isnin lalu.

Ikuti perkembangan isu Brexit dalam pasaran semasa dan juga beri tumpuan terhadap perubahan pada sentimen pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Kawal dagangan anda dengan mencari paras terbaik untuk posisi dagangan harian menggunakan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 141.828, 141.510, 141.104.

Paras resistance: 142.552, 142.958, 143.276.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat