Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 9/11/2018

954

Setelah siri kenaikan yang berjaya dikekalkan pada chart pasangan matawang GBP/JPY sejak penghujung Oktober lalu, akhirnya harga telah menunjukkan tanda-tanda penurunan setelah gagal membuat kenaikan melepasi zon ketinggian harga yang telah diuji pada Oktober dan September sebelum ini. Jika diteliti sesi dagangan semalam, harga cuba membuat kenaikan dan telah pun melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan mencapai paras ketinggian harga sekitar paras 149.500 namun setelah beberapa kali menguji paras tersebut, harga mula membuat penurunan ke paras Magic Pivot semalam dan menutup harga sekitar paras tersebut.

Penurunan harga diteruskan bersambung ke sesi dagangan Asia hari ini di mana harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot 149.024 hari ini sehingga ke paras support 148.553 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah hari ini. Jika harga terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan paras support 148.141 (MagicS2) adalah destinasi harga yang seterusnya. Dan sekiranya Sterling gagal menghalang kejatuhan harga, harga dilihat boleh mencecah penurunan sehingga ke paras 147.670 (MagicS3).

Namun sebaliknya jika rundingan Brexit yang positif kembali menyokong pengukuhan Sterling, harga bakal membuat kenaikan semula untuk kembali meneruskan siri kenaikan harga yang terdahulu. Paras awal yang dilihat bakal diuji harga adalah pada paras ketinggian yang diuji semalam sekitar resistance 149.436 (MagicR1). Seterusnya harga bakal mencari paras ketinggian yang terbaru di paras yang lebih tinggi berkemungkinan ke paras resistance 149.907 (MagicR2) sebelum kenaikan seterusnya bakal menyaksikan harga mencapai paras ketinggian pada 150.319 (MagicR3) yang juga merupakan paras resistance pada indicator Moshed Magic Line.

Beri tumpuan kepada sentimen pasaran yang tidak menentu dalam pasaran semasa yang mana menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Kawal posisi anda sebaik mungkin pada dagangan hujung minggu dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 148.553, 148.141, 147.670.

Paras resistance: 149.436, 149.907, 150.319.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat