Analisis Teknikal GBP/NZD – Timeframe H1 – 20/8/2018

349

Matawang GBP masih dilihat berisiko oleh para pelabur. GBP masih lagi bergelut dengan isu Brexit yang masih belum selesai di mana sebelum ini Menteri Luar Negeri Jeremy Hunt berkata bahawa risiko ‘no-deal’ Brexit menyebabkan matawang tersebut terus didagangkan lemah.

Manakala, bagi matawang NZD, permintaan bakal meningkat ekoran pasaran semasa yang semakin stabil dengan AS-China yang bakal mengadakan rundingan dagangan. Tambahan pula dengan data harga pengeluar di New Zealand baru-baru ini mencatatkan bacaan yang positif terus menyokong matawang tersebut.

Secara teknikal, harga dilihat membuat penurunan setelah gagal menembusi (breakout) paras resistance di 1.94400 sebelum ini. Penurunan dibuat sehingga Jumaat lalu menyaksikan paras terendah yang dicapai bagi minggu lalu adalah di paras 1.91800. Namun pada awal sesi Asia hari ini harga dilihat membuat sedikit kenaikan dan mula bergerak mendatar pada sesi pasaran London di paras harga semasa 1.92500 setakat jam 3.40 petang.

Harga masih bergerak dalam julat harga Jumaat lalu dan masih di bawah paras Moving Average 100 (MA100). Jika kenaikan berjaya dibuat, harga berkemungkinan akan menguji resistance di 1.94400, sebaliknya jika harga terus menyambung penurunannya, tumpuan adalah pada paras support 1.90750 iaitu paras support yang dicapai pada awal Ogos ini.

Paras support: 1.91349, 1.90883, 1.89964.
Paras resistance: 1.92734, 1.93653, 1.94119.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat