Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 14/11/2018

253

Matawang GBP melonjak pada dagangan semalam setelah perkembangan Brexit kembali positif. Keyakinan para pelabur mula meningkat dengan laporan Britain telah menyiapkan draf perjanjian peralihan Brexit dengan Kesatuan Eropah selepas tempoh masa lebih setahun perbincangan berlarutan. Selain itu juga, pengukuhan Sterling turut disokong dengan data purata pendapatan yang dikeluarkan pada petang semalam menunjukkan bacaan yang meningkat berbanding bulan lalu. Tumpuan seterusnya pula adalah terhadap data indeks harga pengguna di Britain yang akan dikeluar pada jam 5.30 petang ini yang bakal menentukan sama ada Sterling akan terus mengekalkan pengukuhan atau sebaliknya. Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD telah membuat kenaikan sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga kembali membuat sedikit penurunan sebelum pasaran New York ditutup.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak mendatar dan berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2948. Jika harga gagal membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan terus membuat kenaikan menuju ke paras resistance pada 1.3064 (MagicR1). Seterusnya, harga yang masih meneruskan kenaikan bakal menguji paras ketinggian yang dicapai harga pada minggu lalu sekitar resistance 1.3162 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan kenaikan bakal mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3278 (MagicR3).

Namun, jika rundingan Brexit kembali dilaporkan bermasalah, besar kemungkinan harga pada chart GBP/USD akan mengalami kejatuhan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.2948 seterusnya menuju ke paras support 1.2850 (MagicS1). Tambahan pula USD yang berkemungkinan akan kembali mengukuh dalam pasaran semasa bakal memberi tekanan lagi pada harga sehingga penurunan harga boleh mencecah paras support pada 1.2734 (MagicS2). Pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras 1.26900 nanti yang menjadi titik perubahan arah pergerakan harga sebelum ini di mana jika harga berjaya breakout paras tersebut, dijangka paras support 1.2636 (MagicS3) berpotensi untuk menjadi paras terendah harga yang terbaru pada chart GBP/USD.

Terus ikuti perkembangan Brexit yang masih memberikan debaran terhadap pasaran menjelang fasa akhir rundingan tersebut. Kawal risiko dagangan anda sebaik mungkin pada chart GBP/USD dengan membandingkan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras terbaik untuk dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.2850, 1.2734, 1.2636.

Paras resistance:  1.3064, 1.3162, 1.3278.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat