Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 17/1/2019

297

Sterling masih didagangkan stabil sejak keputusan undian Brexit semalam telah diumumkan. Walaupun PM May telah kalah undian tersebut dengan perbezaan majoriti yang besar, namun Sterling masih kekal didagangkan kukuh. Terbaru, PM May dilaporkan telah memenangi undian “vote of confidence” dan mendapatkan sokongan dari Parti Konservatifnya dan juga Parti Kesatuan Demokrasi. Ini akan terus memberi peluang untuk Sterling terus mengekalkan pengukuhannya dalam dagangan jangka masa terdekat ini. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam dilihat bergerak dalam julat paras antara resistance 1.28900 dan juga support 1.28400.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat masih bergerak perlahan dan membuat sedikit penurunan ke paras Magic Pivot 1.2866 pada penghujung sesi. Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah rendah dari paras Magic Pivot tersebut, harga dijangka akan menguji paras support pada 1.2834 (MagicS1) untuk harga cuba mengatasi paras terendah dagangan harian semalam. Seterusnya, harga akan meneruskan penurunan menuju pula ke paras support lebih rendah iaitu di paras 1.2793 (MagicS2) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart GBP/USD. Sedikit lagi penurunan harga akan melihatkan harga menyentuh paras support pada sekitar 1.2762 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga gagal turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan meneruskan lagi kenaikan sebelum ini dan paras awal yang akan diuji harga adalah pada resistance 1.2907 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan menguji pula paras ketinggian yang dicapai harga menjelang keputusan undian Brexit diumumkan sebelum ini pada sekitar paras 1.2938 (MagicR2). Jika harga berjaya melepasi paras resistance tersebut, harga dijangka boleh mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.2979 (MagicR3).

Tumpuan untuk data ekonomi di Britain esok hari adalah kepada data jualan runcit yang dijangkakan menurun oleh pasaran. Kawal dagangan anda terutamanya posisi dagangan pada GBP/USD dan untuk teknikal analisis, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk membantu anda menentukan paras-paras yang berpengaruh dan menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 1.2834, 1.2793, 1.2762.

Paras resistance:  1.2907, 1.2938, 1.2979.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat