Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 17/12/2018

208

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Jumaat lalu telah membuat penurunan selepas gagal menembusi zon SBR (support become resistance) di sekitar 1.26700 pada dagangan hari sebelumnya. Penurunan harga dari paras Magic Pivot telah mencecah sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line sebelum sedikit pantul semula pada penghujung dagangan New York dan menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras support MagicS2. Data yang menjadi tumpuan untuk matawang Sterling pada minggu ini adalah kadar inflasi pada Rabu ini yang dijangka menurun dan pada hari Khamis pula, fokus adalah terhadap pengumuman kadar faedah oleh Bank of England (BOE) yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada tahap sedia ada.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, dilihat harga pada chart GBP/USD bergerak sangat perlahan dan mendatar sahaja di bawah paras Magic Pivot 1.2591 sejak awal sesi bermula. Jika harga gagal melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga berkemungkinan membuat penurunan ke paras support 1.2519 (MagicS1) untuk harga menguji paras terendah dagangan Jumaat lalu. Seterusnya, harga yang meneruskan penurunan bakal menguji paras terendah semasa pada chart GBP/USD di sekitar paras 1.24800 sebelum harga menuju pula ke paras support 1.2456 (MagicS3). Jika matawang GBP terus didagangkan merosot, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.2384 (MagicS3) untuk mencatatkan paras terendah yang baru.

Namun, jika harga berjaya menunjukkan lonjakan pada dagangan hari ini, berkemungkinan harga akan menguji semula paras resistance 1.2654 (MagicR1) yang berada berhampiran zon SBR. Jika momentum kenaikan harga agak kukuh dan harga berjaya melepasi kenaikan pada zon SBR, paras resistance 1.2725 (MagicR2) bakal menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya. Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga boleh mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.2789 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan isu Brexit bersambung pada minggu ini pula di mana pelabur masih melihat dagangan Sterling sebagai berisiko. Kawal dagangan anda dengan mencari peluang terbaik untuk posisi dagangan harian berpandukan indicator Moshed Magic Line yang disediakan untuk anda.

 

Paras support: 1.2519, 1.2456, 1.2384.

Paras resistance:  1.2654, 1.2725, 1.2789.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat