Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 2/11/2018

297

Pergerakan drastik harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam sehingga mencapai 270 pips kenaikan. Seperti sedia maklum, matawang USD mula melemah disebabkan pelbagai faktor antaranya sentimen pasaran yang semakin pulih dan berkemungkinan juga dengan aktiviti pengambilan keuntungan menjelang data pekerjaan NFP pada malam ini. Sementara itu, faktor utama yang melonjakkan harga pada chart GBP/USD semalam adalah didorong oleh pengumuman kadar faedah yang dikekalkan oleh Bank of England (BOE) di samping perkembangan positif dalam rundingan Brexit. BOE memberi isyarat kenaikan kadar faedah yang akan datang bakal dipercepatkan jika rundingan Brexit berjalan lancar. Dengan itu, dilihat harga telah melonjak dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line dan mencapai paras ketinggian di paras SBR (support become resistance) sekitar 1.30000.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan berehat dari membuat kenaikan yang agak tinggi untuk dagangan semalam. Jika hari ini Sterling terus didagangkan mengukuh berbanding matawang USD yang kian melemah, harga dijangka akan menerukan lagi kenaikan menuju ke paras resistance 1.3099 (MagicR1). Seterusnya, harga akan terus membuat lonjakan dan dilihat paras resistance pada 1.3203 (MagicR2) berkemungkinan menjadi destinasi tumpuan harga. Kelihatan juga paras resistance yang lebih tinggi pada indicator Moshed Magic Line iaitu pada paras 1.3371 (MagicR3) di mana jika harga mencapai paras ketinggian ini, harga telah berjaya mengatasi paras ketinggian pada September dan juga Julai sebelum ini serta  paras ini terakhir kali dicapai harga adalah pada Jun yang lalu.

Namun, jika data pekerjaan NFP pada malam ini secara keseluruhannya mencatatkan bacaan yang baik untuk USD, harga dijangka akan membuat penurunan kembali melepasi paras Magic Pivot 1.2931 dan menuju ke paras awal penurunan pada support 1.2826 (MagicS1). Seterusnya, harga yang menyambung penurunan bakal menyaksikan paras terendah baru akan dicapai harga berkemungkinan di paras support 1.2658 (MagicS2) mengatasi paras terendah harga setakat ini pada 1.26900. Dan sekiranya harga masih meneruskan penurunan yang dibuat, harga berpotensi untuk turun sehingga ke paras 1.2553 (MagicS3) dan penurunan ini dilihat akan mengatasi paras terendah yang dicapai harga pada Jun 2017 yang lalu.

Terus ikuti perkembangan Brexit yang semakin meningkatkan kembali keyakinan pelabur dan dinasihatkan supaya anda lebih berhati-hati untuk dagangan pada hari ini menjelang data pekerjaan NFP pada malam ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang trade pada posisi yang terbaik untuk chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2826, 1.2658, 1.2553.

Paras resistance: 1.3099, 1.3203, 1.3371.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat