Analisis Teknikal NZD/CHF – Timeframe H1 – 29/8/2018

206

Isu perang dagang di antara AS-China yang kembali menghangatkan pasaran dilihat telah memberi kesan terhadap nilai beberapa matawang utama termasuklah New Zealand dollar dan juga Swiss franc.

Selain isu perang dagang, Reserve bank of New Zealand (RBNZ) yang menjangka pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan di New Zealand turut menyumbang kepada penyusutan nilai matawang Kiwi itu. Tambahan pula, jangkaan kenaikan kadar faedah di New Zealand juga dialih daripada September 2019 ke September 2020.

Bagi matawang CHF pula, risiko pasaran terhadap isu perang dagang AS-China dilihat optimis disebabkan faktor permintaan terhadap matawang CHF akan meningkat. Ini disebabkan oleh aliran tumpuan pasaran ke arah yang lebih selamat dan matawang pulangan rendah lebih menjadi pilihan pelabur. Selain itu juga, faktor yang menyokong  nilai matawang CHF adalah sentimen positif di zon Eropah ekoran jangkaan ECB untuk menaikkan kadar faedah mereka.

Pada minggu lalu, chart NZD/CHF menunjukkan kenaikan harga pada penghujung minggu setelah penurunan yang dibuat dari paras resistance 0.66100. Namun pada minggu ini, harga membuat pergerakan menurun sejak Isnin lalu sehingga paras terendah yang dicapai semalam di zon harga 0.65400.

Pada awal sesi Asia hari ini, harga dilihat menguji resistance garisan Moving Average 100 (MA100) tetapi gagal menembusinya (breakout) sebelum harga membuat penurunan ke paras 0.65400 semalam. Namun harga dilihat kembali membuat sedikit kenaikan dan harga semasa bergerak di sekitar zon harga 0.65500 setakat jam 5.20 petang. Resistance terdekat yang perlu diuji harga berada di paras 0.65650 dan jika berjaya ditembusi (breakout), harga berpotensi untuk mencapai paras resistance terdahulu di 0.66100 iaitu yang dicapai minggu lalu.

Namun, jika harga meneruskan penurunan ke bawah, paras yang menjadi tumpuan harga adalah di zon 0.65120 dimana terakhir kali dicapai adalah dua tahun yang lalu. Adakah harga akan menembusi paras tersebut atau kembali membuat kenaikan semula? Perhatikan paras-paras harga yang menjadi tumpuan pasaran dan sentiasa mengikuti perkembangan isu pasaran global semasa.

Paras support: 0.65281, 0.65153, 0.64934
Paras resistance: 0.65628, 0.65847, 0.65975.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat