Analisis Teknikal USD/CAD- Timeframe H1 – 1/2/2019

308

Dagangan pasangan matawang USD/CAD pada Khamis dilihat mendatar selepas penurunan drastik harga mencatatkan 160 pips kejatuhan nilai pada dagangan hari sebelumnya. Dolar CAD gagal meneruskan pengukuhan harga pada sesi dagangan sebelum ini selepas data GDP Kanada merosot seperti yang dijangkakan pasaran. Harga yang bergerak mendatar di bawah paras Magic Pivot semalam beberapa kali menguji paras support 1.31200 namun gagal turun ke paras lebih rendah. Julat pergerakan harga sepanjang sesi dagangan semalam hanyalah di sekitar 40 pips turun naik harga di mana paras ketinggian yang dicapai adalah ketika harga menguji paras resistance 1.31600 sebelum pantul semula bergerak rendah.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras terendah dagangan semalam kemudiannya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3134 sebelum menuju ke paras resistance 1.3149 (MagicR1). Harga dilihat terus menguji paras resistance tersebut sehingga awal sesi pasaran Eropah bermula. Jika harga meneruskan kenaikan, harga bakal menuju ke paras resistance lebih tinggi yang berada di paras 1.3179 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian dagangan harga semalam. Seterusnya, sedikit lagi kenaikan lebih tinggi akan mencapai paras ketinggian pada resistance 1.3194 (MagicR3).

Namun, jika harga membuat pusingan semula dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan mengatasi paras terendah dagangan semalam dan menuju ke paras support pada 1.3104 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan harga akan menyentuh pula paras support 1.3089 (MagicS2) sementara penurunan lebih rendah harga dilihat berpotensi mencecah sehingga ke paras serendah 1.3059 (MagicS3) jika USD terus mengalami kejatuhan nilai berkemungkinan laporan pekerjaan NFP yang lemah.

Kawal risiko pada setiap posisi dagangan anda khususnya pada dagangan USD menjelang laporan data pekerjaan NFP malam ini. Bersiap sedia untuk menghadapi pergerakan volatile harga dan anda disyorkan menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk memberi isyarat kecenderungan pergerakan semasa harga khususnya pada chart USD/CAD.

 

Paras support: 1.3104, 1.3089, 1.3059.

Paras resistance: 1.3149, 1.3179, 1.3194.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat