Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 29/8/2018

640

Matawang USD semalam didagangkan agak lemah dimana harga lebih bergerak mendatar berbanding matawang-matawang utama yang lain. Namun pada lewat sesi pasaran New York, USD kembali menguat setelah data indeks keyakinan pengguna di US mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding jangkaan serta mengatasi data sebelumnya pada Julai lalu. Ini disebabkan oleh komponen dalam indeks itu yang mengukur jangkaan keadaan perniagaan yang meningkat sekaligus memberi gambaran kecenderungan perbelanjaan oleh pengguna yang akan turut meningkat di masa hadapan.

Namun, pasaran masih bimbang terhadap isu perang dagang di antara AS-China yang kembali hangat di samping data KDNK(GDP) malam ini turut dijangka mencatatkan bacaan yang lemah.

Matawang CAD pula dijangka positif buat masa ini dengan jangkaan pasaran berhubung Kanada dan Amerika Syarikat akan mencapai persetujuan mengenai NAFTA. Data ekonomi tumpuan di Kanada mengukuh secara keseluruhan dan jangkaan kenaikan harga minyak mentah akibat sekatan Amerika terhadap Iran menyokong lagi nilai matawang CAD.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD semalam dilihat menurun setelah harga tidak mampu menembusi (breakout) paras resistance 1.29800 dan terus turun menuju ke zon support 1.28900. Harga membuat sedikit kenaikan pada lewat sesi pasaran New York di atas faktor USD yang menguat setelah bacaan data index keyakinan pengguna dicatatkan baik.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan sedikit menurun namun masih berada di antara julat harga semalam di 1.29812-1.28864 dan harga semasa bergerak di sekitar paras 1.29250 setakat jam 3.30 petang. Jika harga kembali membuat lonjakan, paras yang menjadi tumpuan adalah pada resistance sebelum ini di 1.29800 sama ada harga mampu menembusi (breakout) paras tersebut atau tidak.

Jika harga terus membuat kenaikan, paras resistance terdekat berada di paras 1.30500 dan seterusnya adalah di paras 1.31700. Namun, jika harga menyambung penurunan lebih rendah, harga akan menguji paras support semalam di 1.28900 terlebih dahulu sebelum mencari zon support baru berkemungkinan di sekitar paras 1.27900.

Paras support: 1.28817, 1.28367, 0.27869.
Paras resistance: 1.29765, 1.30263, 1.30713.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat