Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 7/2/2019

222

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam dilihat meneruskan siri kenaikan sejak awal minggu ini di mana kenaikan harga dari paras Magic Pivot telah mencecah sehingga 80 pips lebih tinggi ke paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Selain terkesan daripada pengukuhan matawang USD, dolar CAD turut didagangkan merosot ekoran kejatuhan pada harga minyak mentah sebagai produk utama eksport Kanada yang menjunam setelah laporan menunjukkan kenaikan pada inventori minyak Amerika Syarikat.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga pada chart USD/CAD masih menunjukkan kenaikan dan telah mencapai paras resistance pada 1.3241 (MagicR1) dan menguji paras tersebut pada penghujung sesi dagangan Asia. Harga yang meneruskan kenaikan seterusnya akan menuju pula ke paras resistance yang berada sedikit tinggi iaitu pada 1.3273 (MagicR2). Lonjakan lebih tinggi harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 1.3332 (MagicR3).

Namun jika harga kembali membuat penurunan seterusnya bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3182 hari ini, penurunan awal harga dilihat akan menguji paras support 1.3150 (MagicS1) yang merupakan paras tumpuan harga. Harga yang berjaya mengatasi penurunan pada paras tersebut kemudiannya akan menuju ke paras support lebih rendah di sekitar 1.3091 (MagicS2) sebelum harga akan cuba mengatasi paras terendah semasa pada chart USD/CAD yang diuji pada Jumaat lalu. Penurunan lebih rendah harga setelah berjaya breakout paras tersebut dilihat bakal menyentuh paras support yang berada pada paras 1.3060 (MagicS3).

Tumpuan seterusnya akan terarah pada laporan data pekerjaan di Kanada pada esok hari yang dijangka lemah ekoran penurunan pada angka bacaan IVEY PMI Kanada semalam. Selain itu juga, terus pantau perkembangan harga minyak mentah global yang terus mempengaruhi nilai matawang Loonie dalam pasaran semasa. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart USD/CAD untuk membantu dagangan anda supaya lebih jelas dan mudah.

 

Paras support: 1.3150, 1.3091, 1.3060.

Paras resistance: 1.3241, 1.3273, 1.3332.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat