Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 15/1/2019

180

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam agak mendatar dengan kedua-dua nilai matawang USD dan Yen dilihat bergerak pada kadar yang seimbang. Harga pada mulanya membuat penurunan pada awal sesi Asia semalam setelah Yen mula mengukuh sebaik sahaja data ekonomi China yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang merosot pada kadar import dan ekport mereka. Harga bergerak turun dari paras Magic Pivot kemudiannya telah melepasi paras support MagicS1 sebelum menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam untuk mencatatkan paras terendah dagangan harian. Namun harga gagal membuat penurunan lebih rendah dan harga dilihat bergerak mendatar di sekita paras support MagicS1 sehingga sesi pasaran New York menutup dagangannya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat menunjukkan kenaikan selepas laporan berkenaan tindakan China untuk memotong cukai secara besar-besaran untuk kembali merancakkan semula ekonomi mereka yang semakin bergerak perlahan, kembali memberi kelegaan terhadap pasaran. Pelabur mula melihat laporan tersebut bakal memberi perubahan yang positif terhadap sentimen semasa dalam pasaran dan dengan itu, berkemungkinan matawang Yen akan kembali didagangkan lemah kembali. Kenaikan harga dari paras Magic Pivot 108.220 hari ini telah pun melepasi paras support 108.463 (MagicR1) dan kemudiannya menyambung lagi kenaikan menuju ke paras resistance lebih tinggi di paras 108.783 (MagicR2). Jika kenaikan harga yang diteruskan berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal menguji paras resistance pada dagangan minggu lalu sekitar paras 109.026 (MagicR3) yang turut dilihat berada pada zon SBR (support become resistance).

Namun, jika sentimen semasa kekal berisiko dan mengukuhkan semula matawang Yen, harga berkemungkinan ditekan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot 108.220 hari ini sebelum menguji paras support terdekat pada 107.900 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan harga bakal menyentuh pula paras support pada 107.657 (MagicS2) yang berada sedikit rendah dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum penurunannya, harga berkemungkinan mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 107.337 (MagicS3).

Terus berwaspada dan pantau faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan pada sentimen pasaran semasa di mana akan turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap dalam analisis teknikal anda setiap hari untuk membantu anda mendapatkan hasil dagangan yang lebih positif.

 

Paras support: 107.900, 107.657, 107.337.

Paras resistance: 108.463, 108.783, 109.026.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat