Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 26/11/2018

210

Sentimen pasaran yang berisiko bersambung pada penghujung dagangan minggu lalu terus memberi kelebihan kepada matawang safe-haven USD dan Yen. Yen walau bagaimanapun lebih mendominasi pada sesi dagangan Asia hari ini dengan lonjakan harga yang dilakukan pada chart USD/JPY seawal sesi dagangan minggu ini bermula. Mengimbas semula pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga turun lebih rendah menguji paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot semula pada sesi pasaran New York.

Permulaan dagangan minggu ini pada sesi pasaran Asia, harga dilihat terus membuat lonjakan dari paras Magic Pivot 112.864 seawal sesi bermula dan terus membuat kenaikan melepasi paras resistance 113.075 (MagicR1). Kenaikan diteruskan lagi sehingga harga telah mencecah paras resistance 113.215 (MagicR2) dan menguji paras tersebut buat seketika pada penghujung dagangan sesi Asia. Jika harga terus mengekalkan momentum kenaikan, harga dilihat akan menuju ke paras resistance lebih tinggi yang berada di paras 113.426 (MagicR3).

Namun, jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menguji dahulu paras support 112.724 (MagicS1) sebelum harga yang meneruskan penurunannya akan menuju pula ke paras 112.513 (MagicS2) sebagai destinasi yang seterusnya. Dan kemudiannya, harga bakal menguji zon support pada chart USD/JPY sekitar paras 112.373 (MagicS3) yang telah diuji harga pada dagangan minggu lalu.

Pantau faktor-faktor global yang memberi kesan kepada sentimen dalam pasaran semasa di mana bakal mempengaruhi pergerakan harga pada chart safe-haven USD/JPY ini. Sesuaikan indicator Moshed Magic Line pada chart harian anda untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian dan membantu anda membuat keputusan yang terbaik dalam dagangan.

 

Paras support: 112.724, 112.513, 112.373.

Paras resistance: 113.075, 113.215, 113.426.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat