Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 28/9/2018

370

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada mulanya dilihat lemah semalam dimana harga seperti ingin mula membuat kejatuhan pada dagangan sesi Asia semalam dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot menuju ke paras support MagicS1. Namun, harga kembali membuat lonjakan bertenaga pada sesi pasaran Eropah apabila telah naik melepasi paras Magic Pivot dan breakout paras resistance 113.00. Harga terus menyambung kenaikan sehingga ke sesi pasaran New York dan telah membuat Higher High yang baru di mana harga telah melepasi paras resistance MagicR1 dan MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, pergerakan harga agak sederhana namun masih membuat sedikit kenaikan dan mencapai paras ketinggian yang terbaru mengatasi paras ketinggian dicapai semalam. Harga dilihat masih gagal melepasi paras resistance 113.714 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 113.45 setakat jam 3.50 petang. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan terus membuat Higher High yang baru ke paras resistance 114.053 (MagicR2). Dan seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikannya, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga ke 114.626 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga mula mengalami kejatuhan, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras Magic Pivot 113.141 sebelum menguji paras RBS (resistance become support) di 113.00. Seterusnya, harga akan menuju ke paras support 112.802 (MagicS1) sebelum kejatuhan harga boleh mencecah paras support 112.229 (MagicS2). Paras tersebut juga dilihat berada pada zon RBS yang menjadi antara paras tumpuan harga. Dan jika harga menembusi (breakout) paras support tersebut, jangkaan harga akan turun lebih rendah berkemungkinan ke paras 111.890 (MagicS3).

Pergerakan harga pada chart USD/JPY banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa di mana kedua-dua matawang USD dan JPY dikategorikan sebagai matawang safe-haven dalam pasaran semasa. Pantau isu-isu semasa yang berkaitan dan buat keputusan yang terbaik dalam trading anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan harian.

 

Paras support: 112.802, 112.229, 111.890.

Paras resistance: 113.714, 114.053, 114.626.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat