Analisis teknikal XAU/USD(GOLD) – Timeframe H4 – 17/1/2018

687

Harga GOLD terus bullish dengan mendadak sejak minggu lalu selepas ia melakukan pullback ke sekitar harga 1324.30 – 1320.80 seperti jangkaan(rujuk analisis 12/1/18). Secara teknikal, pergerakan wave masih menunjukkan penguasaan mood bullish(HL,HH,HL,HH) di timeframe H1/H4 dan juga Daily. Selain, di timeframe weekly juga ia membentuk pattern ‘three white soldier’ yang menunjukan bullish masih dikuasai.

Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support 1331.50 ini, potensi masih tinggi untuk ia terus bullish dan target yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar level Key Resistance Zone mingguan samaada ke sekitar 1350.14 atau ke 1356.50.

Tetapi sekiranya ia breakout Key Support ini, GOLD berkemungkinan akan melakukan retracement bearish ke harga lebih rendah iaitu 1324.30 yang berpotensi membentuk formation ‘resistance become support’ sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat