Apa Dah Jadi – US Dolar Terus Menjunam Lebih Parah?

565

US dolar mencatat penyusutan ketara pada hari Rabu setelah Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan bahawa ekonomi A.S ‘masih jauh’ dari tahap yang ingin dilihat oleh bank pusat sebelum mengurangkan rangsangan ekonomi.

Ulasan Powell itu dikeluarkan sehari selepas data inflasi A.S menunjukkan kadar inflasi catat bacaan tertinggi dalam tempoh lebih dari 13 tahun bagi bulan Jun. Ini secara tidak langsung telah mendorong US dolar mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan dan membuatkan pemain pasaran khuatir bahawa the Fed akan mula mengurangkan rangsangan ekonomi.

Kekhuatiran itu semakin meningkat apabila Reserve Bank of New Zealand mengatakan pada hari Rabu bahawa ia akan mengakhiri pembelian bon, meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar pada bulan Ogos.

Bank of Canada (BOC) juga dijangka akan mengumumkan pengurangan pembelian bon dalam masa terdekat setelah mengurangkan pembelian mingguan pada bulan April.

Indeks US dolar terus menambah penyusutan sebanyak 0.40% ke paras dagangan 92.389. Bagi USD/EUR ia telah jatuh ke paras 1.1823, setelah komen Powell sebelumnya menyentuh paras tertinggi sejak 5 April.

Sementara itu, kiwi melonjak terhadap dolar setelah bank pusat New Zealand mengumumkan akan mengurangkan program pembelian bon bernilai NZ $ 100 bilion ($ 70 bilion). Matawang tersebut menambah keuntungan selepas komen Powell dengan mengukuh 1.4% lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat