Apa Itu ‘Layer-2 Solutions’ & Kaitannya Dengan Mata Wang Kripto?

2,042

Mengenali reka bentuk blockchain, anda tidak akan terlepas dengan penggunaan teknologi lapisan-1 dan lapisan-2.

Misalnya kalau anda baca tentang Polygon, ia dikenali sebagai penyelesaian lapisan-2 untuk Ethereum.

Penting ke kewujudan lapisan-2 bagi kebanyakan blockchain ini?

Lapisan-1

  • Rangkaian lapisan-1 merujuk kepada blockchain, rangkaian utama dan paling asas.
  • Contoh rangkaian lapisan-1:
    • Bitcoin
    • Ethereum
    • Litecoin

Lapisan-2

  • Rangkaian yang dibangunkan di atas blockchain
  • Contoh rangkaian lapisan-2:
    • OmiseGO
    • Lightning Network

Penyelesaian lapisan-1

  • Hadir sebagai lapisan tambahan terhadap protokol asas blockchain untuk meningkatkan skalabiliti.
  • Mampu mengubah ketetapan protokol secara langsung untuk meningkatkan kapasiti dan kelajuan transaksi.
  • Memasukkan lebih banyak pengguna dan maklumat.
  • Contohnya:
    • Jumlah data bagi setiap boleh dapat ditambah
    • Melajukan transaksi pada blok, sekaligus melambakkan hasil pengeluaran rangkaian.
  • Penyelesaian lapisan-1 yang kerap ditemui:
    • Perubahan protokol konsensus
      • Proof-of-Work (PoW) sangat sinonim dengan rangkaian lapisan-1 seperti Bitcoin.
      • Ethereum juga menggunakan PoW dan sedang dalam fasa peralihan kepada Proof-of-Stake (PoS).
    • Sharding
      • Merujuk kepada pembahagian transaksi di rangkaian kepada beberapa set data kecil yang dikenali sebagai “shards”.
      • Shards ini kemudian diproses secara serentak.
      • Ethereum 2.0, Zilliqa, Tezos, dan Qtum sedang mengkaji fungsi ini.

Penyelesaian lapisan-2

  • Hadir sebagai sebuah rangkaian yang menyelesaikan isu di lapisan-1. Dikenali juga sebagai rangkaian lapisan-2.
  • Meningkatkan skalabiliti dan keefisienan sesebuah blockchain.
  • Boleh anggap ia sebagai ‘pengembangan’ rangkaian untuk mengurangkan bebanan transaksi.
  • Sebahagian daripada transaksi dipindahkan kepada lapisan-2 sebelum diproses dan dilaporkan kembali kepada rangkaian utama untuk mengesahkan transaksi.
  • Mengurangkan kesesakan blockchain, menjadikan ia lebih berskala.
  • Contohnya:
    • Rangkaian Lapisan 1: Bitcoin yang masih menggunakan PoW.
    • Penyelesaian Lapisan 2: Lightning Network.
  • Penyelesaian lapisan-1 yang kerap ditemui:
    • Blockchains berkelompok (nested blockchains).
    • Siaran berpusat (state channel).
    • Sidechains

Bagaimanapun, kedua-duanya memiliki masalah yang perlu diatiasi, digelar sebagai ‘scalability trilemma’. Disebabkan itu, Algorand dibangunkan dengan tujuan untuk menyelesaikan isu ini melalui penerapan mekanisme konsensus Pure Proof of Stake (PPoS).

Apa-apa pun dalam ekosistem kripto, skalabiliti amat penting untuk menjalankan transaksi yang pantas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat