Apa Jangkaan Anda Untuk Mesyuarat Bank Pusat Eropah Hari Ini?

427

Menerusi pandangan penganalisis daripada Royal Bank of Canada (RBC), bank pusat Eropah bakal mengekalkan kadar faedah sedia ada di paras sifar sementara penurunan kadar dijangka akan berlaku sehingga ke penghujung tahun ini.

Dengan mengekalkan isyarat terhadap dasar monetari pada mesyuarat yang lalu, European Central Bank (ECB) buat masa ini dijangka akan mengekalkan kadar faedah sehingga ke akhir tahun 2019 ini berbanding jangkaan sehingga musim panas 2019 yang diumumkan sebelum ini.

Targeted longer-term refinancing operations (TLTROs) atau dikenali sebagai kempen pinjaman jangka masa panjang yang telah diumumkan oleh ECB sebelum ini berkemungkinan belum lagi akan diperjelaskan dengan lebih terperinci termasuk kadar yang ditetapkan sehingga mesyuarat pada Jun nanti.

TLTRO adalah diperkenalkan untuk pinjaman jangka masa panjang buat bank-bank dan menawarkan insentif untuk meningkat pinjaman perniagaan dan pengguna dalam usaha merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi di zon Eropah yang sebelum ini berisiko menuju ke arah kegawatan.

Buat masa ini, ECB akan memantau data-data semasa untuk merangka strategi berdasarkan tempoh pertumbuhan yang perlahan pada zon Eropah sama ade bakal berakhir atau menuju ke arah lebih berisiko.

Isyarat utama untuk ECB pada bulan seterusnya adalah terhadap permintaan domestik khususnya pada perbelanjaan dan pelaburan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat