Apa Jangkaan Untuk Pergerakan USD/JPY Hari Ini?

531

Awal dagangan sesi Eropah menyaksikan penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang akan mendorong penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran.

Pergerakan harga pada sesi Asia dan Eropah lebih perlahan, namun pelabur berwaspada menantikan jangkaan pergerakan lebih agresif harga pada sesi New York sebentar lagi.

Carta harga pasangan mata wang USD/JPY semalam turut melihatkan penurunan harga melepasi paras 110.00.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah harga.

Pelabur juga berhati-hati untuk pergerakan US dolar menjelang minit mesyuarat FOMC untuk meneliti butiran lanjut pada mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) yang terbaru.

Zon harga sekitar 110.00-109.400 akan diberi tumpuan oleh pelabur untuk melihat reaksi harga pada zon penting ini sebelum mendapatkan isyarat lebih jelas arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya pantul membuat kenaikan semula dan melepasi halangan MA50, berkemungkinan harga akan meneruskan trend bullish sebelum ini dengan paras rintangan 111.00 akan diuji.

Sebaliknya jika harga jatuh lebih rendah dari zon tersebut, penurunan harga akan dijangkakan untuk menuju sehingga ke zon support 108.500-108.200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat