Apa Sudah Terjadi Pada Bitcoin? – Susut Hampir $8000!

2,454

Bitcoin (BTC) tidak pernah gagal membuktikan dominasinya dengan mengatasi keseluruhan  aset sejak lebih 10 tahun ini. Sejak semalam, Bticoin telah melepas paras tertinggi iaitu hampir ke paras $62,000.

Walaubagaimanapun, pada tengah hari ini, pasaran mula menunjukkan bahawa Bitcoin semakin kehilangan momentum yang sebahagian besar didorong oleh kekurangan pembelian dari para pelabur dan institusi.

Harga Bitcoin jatuh ke paras terendah $ 54,790.33 pada pagi Isnin, setelah mencapai paras tertinggi $ 61,556.59 pada hari Sabtu. Namun begitu, semasa penuilasan, harga Bitcoin adalah pada paras harga $56,478.60.

Menurut, CEO firma analisis blockchain CryptoQuant, kejatuhan harga Bitcoin  sebahagaian besar didorong oleh permintaan yang lemah dalam kalangan para pelabur institusi. Tambah beliau, Bitcoin telah mencatat kenaikan 6x ganda yang kebanyakkan didorong oleh penyertaan institusi dalam pasaran kripto. Justeru sebarang tindakan dalam kalangan institusi akan mempengaruhi harga bitcoin.

Tambah penganalisis tersebut, trend harga bitcoin adalah cenderung menurun atau mendatar dalam jangka masa pendek kecuali terdapat aliran masuk yang signifikan.

Sementara itu, Patrick Heusser, ketua perdagangan di Crypto Finance AG berpendapat bahawa penarikan keutungan ini adalah suatu yang sihat dalam pasaran. Bitcoin juga akan terkesan jika hasil bon A.S terus meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat