Apa Yang Berlaku? Inflasi Jerman Buatkan Pasaran Bon Bimbang & Tindakan The Fed Dalam Perhatian

335

Inflasi tahunan Jerman pada bulan Disember buat pertama kali bertumbuh perlahan dalam tempoh enam bulan, namun masih kekal tinggi di atas sasaran kestabilan harga Bank Pusat Eropah yang sasarkan 2% untuk zon Eropah secara keseluruhan.

Harga pengguna, diselaraskan untuk menjadikannya dapat dibandingkan dengan data inflasi dari negara Kesatuan Eropah (HICP) lain dimana meningkat 5.7% tahun ke tahun berbanding bacaan yang dicatat pada bulan November iaitu pada 6.0%, kata Pejabat Perangkaan Persekutuan Jerman.

Waima begitu Indeks harga pengguna nasional (IHP) Jerman turut membimbangkan apabila meningkat sebanyak 5.3% tahun ke tahun, bacaan tertinggi sejak Jun 1992 dan tekanan harga yang semakin meningkat selepas kadar inflasi 5.2% pada bulan November.

Data inflasi daripada ekonomi besar Eropah mendorong kepada bearish dalam pasaran bon. Menurut penganalisis, “terdapat risiko inflasi yang jelas yang menunjukkan trend menaik – bukan sahaja untuk Jerman tetapi juga untuk zon Eropah. Sudah tiba masanya untuk ECB mengambil langkah yang sepatutnya”.

Disisi yang berbeza, minit mesyuarat the Fed pada Disember menunjkkan bahawa pasaran pekerjaan yang ketat dan inflasi yang tinggi boleh mendorong bank pusat AS untuk menaikkan kadar lebih awal daripada jangkaan dan mula mengurangkan pegangan aset keseluruhannya.

Dana pasaran hadapan the Fed menjangkakan terdapat 80% kemungkinan kenaikan kadar akan berlaku dengan ditingkatkan kepada 0.25% pada mesyuarat the Fed bulan Mac.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat