Apa Yang Tak Kena Dengan Pasaran Mata Wang Hari Ini?

696

Reaksi US dolar terhadap penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC tidak seperti diharapkan walaupun ia semakin jelas memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah pada bulan depan.

Bagaimanapun, Federal Reserve (Fed) tidak menjelaskan tentang berapa banyak mereka akan menaikkan kadar dan ia dilihat sebagai kurang hawkish oleh pasaran yang mengharapkan mereka akan memberi isyarat kenaikan 50 mata asas.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan mata wang utama diniagakan berlegar pada 95.80.

Di samping itu, US dolar juga gagal memberi reaksi terhadap data jualan runcit Amerika Syarikat yang menunjukkan bacaan memberangsangkan pada bulan Januari dengan peningkatan sebanyak 3.8% daripada penguncupan 2.5%.

Kesuraman dagangan mata wang gergasi ini telah memberi peluang kepada pesaing utamanya yang lain untuk terus mencatatkan keuntungan.

Keuntungan ini juga tidak terhenti walaupun selepas Amerika dan Perkhidmatan Perisikan Asing Estonia mendakwa Rusia telah menghantar semula pasukan ketenteraannya ke sempadan Ukraine.

Situasi ini dilihat dapat mengembalikan risiko ke dalam pasaran, tetapi reaksi yang dipaparkan oleh kebanyakan mata wang pula sebaliknya.

Euro masih mengekalkan keuntungannya yang diraih sebelum ini walaupun dagangan dilihat agak mendatar. Sementara pound juga bertahan pada sekitar harga 1.3580 berbanding USD dengan sokongan daripada data inflasi UK yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat