Apakah Punca Disebalik Kelemahan Matawang AUD dalam dagangan Sesi Asia Pagi Ini?

168

Aussie didagang sedikit melemah dalam sesi Asia pada Selasa sementara menanti budget yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malcolm Turnbull disamping pasaran meneliti proses pilihanraya di Korea Selatan.

AUD/USD ddagangkan kepada 0.7383, merosot sebanyak 0.05 manakala USD/JPY merosot sebanyak 0.01 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.62 peratus kepada 99.03.

Australia dijangka akan membentangkan laporan bajet persekutuan bagi tahun fiskal bermula 1 Julai disampaing data perumahan yang masih diletakkan sebagai fokus. Di Sydney, laporan jualan runcit bagi bulan Mac dan suku ketiga masing-masing dikeluarkan meningkat pada 0.3 peratus dan 0.4 peratus.

Di Korea Selatan, pasaran ditutup bagi memberi laluan kepada pilihanraya Presiden yang dilihat memberi kelebihan kepada calon parti Demokrat, Moon Jea-In yang dilihat lebih liberal terhadap isu-isu berkaitan ekonomi dan dasar yang berkaitan dengan Korea Selatan.

Semalam, US Dollar diniagakan lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Isnin disokong oleh kemerosotan terhadap matawang Euro selepas kenaikan besar-besaran setelah kemenangan Emmanuel Macron.

Macron menewaskan calon anti-EU dengan margin keuntungan sebanyak 66 peratus.

Euro melonjak selepas kemenangan Macron dan kembali menjunam selepas dua minggu melonjak apabila kebanyakan pelabur menambah keuntungan terhadap matawang tunggal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat