Apakah Yang Dinantikan Pasaran Dalam Ucapan Powell?

412

Pelabur minggu ini bersiap-siap untuk mendengar keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai laporan dasar monetari tahunannya di hadapan Kongres.

Kesaksian Powell akan berlangsung pada hari Selasa di hadapan Jawatankuasan Perbankan Senat Amerika Syarikat dan pada hari Rabu di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan.

Seperti yang diketahui pasaran sebelum ini, Powell telah berulang kali menegaskan bahawa bank pusat akan terus mengekalkan dasar monetari semasa untuk menyokong pemulihan ekonomi, lebih-lebih lagi setelah diperlihatkan dengan data pekerjaan yang lemah pada bulan lalu.

Powell mungkin akan menilai data-data ekonomi yang diterbitkan baru-baru ini dan menyatakan bahawa ekonomi masih belum pulih sepenuhnya dan mempertahankan dasar monetari yang akomodatif.

Beliau juga dijangka akan menggunakan kesaksiannya untuk mengulangi seruannya dalam mendapatkan langkah fiskal tambahan daripada Kongres untuk menambah sokongan dasar monetari Fed.

Pegawai Fed yang lain baru-baru ini telah mencadangkan pakej fiskal yang besar, seperti cadangan $ 1.9 trilion yang sedang dibahaskan di Kongres, supaya diluluskan untuk menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat