Aragon Berpotensi Menjadi Platform Sumber Terbuka Yang Terunggul

140

Aragon adalah perisian sumber terbuka (open source) yang digunakan untuk mengekalkan dan mewujudkan Decentralized Autonomous Organization (DAO) di blockchain Ethereum.

Pembangunan projek ini bertujuan untuk meningkatkan pengunaan teknologi blockchain kepada korporat untuk kegunaan secara praktikal.

Rangkaian Aragon diciptakan pada tahun 2016 oleh Luis Ivan Cuende dan Jorge Izquierdo yang mana dalam masa yang sama mereka juga melancarkan Aragon Association dan Aragon One.

Aragon Network diumum secara rasmi bagi memindahkan kuasa penuh ekosistem kepada pemegang token melalui pelancaran Aragon v2 pada akhir tahun 2020 lalu.

Berdasarkan kepada carta ANT/USDT, pergerakan harga ANT dilihat telah mempamerkan lonjakan melebihi 20% pada penghujung pasaran Jun untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $3.60-$3.80.

Namun pada permulaan pasaran minggu ini, nampaknya harga ANT tidak berjaya menembusi zon SBR $3.60-$3.80 dan terus menyusut semula untuk menguji paras harga $3.60.

Jika penurunan harga terus berlaku, zon sokongan $3.0-$3.20 akan kembali diuji untuk dinilai bagi menyokong semula lonjakan harga.

Manakala penurunan yang lebih rendah, harga ANT akan terus menembusi zon sokongan $3.0-$3.20 dan bakal membuat paras terendah sepanjang masa (ATL) bagi pergerakan pasaran 2021.

Sebaliknya jika harga ANT terus disokong dengan sentimen yang positif, harga dijangka bakal menuju ke paras SBR seterusnya sekitar $4.40 dan akan mengekalkan trend bullish.

Kenaikan harga yang lebih tinggi bakal menguji zon SBR $4.80-$5.0 dan paras resistance $5.50 sebelum jangkaan bagi pergerakan harga ANT untuk terus membuat lonjakan yang lebih agresif.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga ANT susut melebihi 3% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $3.60.

Lihat gambar carta matawang kripto ANT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat