Atasi Ketinggian Harga Minggu Lalu, GBP/USD Lonjak Ke $1.2500!

116

Penyusutan US dolar di awal minggu dilihat membantu membuka laluan yang lebih luas untuk mata wang Pound mengukuh pada minggu ini.

Ini adalah disebabkan pemerhatian terhadap data inflasi UK yang diterbitkan pada minggu lalu dilihat masih ‘liat’ untuk menurun, di mana angka masih kekal di atas paras 10%.

Oleh itu, Bank of England (BOE) dilihat masih lagi perlu kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari dengan jangkaan kenaikan kadar faedah masih akan diteruskan untuk menangani inflasi yang tinggi.

Justeru, ini akan memberi kesan lonjakan nilai buat mata wang Pound dalam pasaran.

Sementara, US dolar masih dijangka untuk melemah menuju mesyuarat FOMC di awal Mei dengan majoriti pasaran menjangkakan dasar monetari yang lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed).

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat berjaya melonjak pada dagangan Isnin semalam untuk keluar dari zon mendatar sepanjang minggu lalu.

Kenaikan harga lebih jelas pada sesi New York dengan pergerakan menaik sehingga ke penghujung sesi hampir menuju paras 1.25000.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga meneruskan kenaikan ke paras tersebut dan mula memberi reaksi bagi pelabur menilai petunjuk pergerakan selanjutnya.

Kenaikan harga jika diteruskan dijangka mampu melepasi paras 1.25000 tersebut sebelum menyambung kenaikan ke paras ketinggian terbaru lagi.

Jangkaan bagi peningkatan harga seterusnya adalah dilihat akan menguji ketinggian minggu terdahulu sekitar 1.25400 sebelum sasaran berubah kepada 1.26000.

Namun, sebaliknya jika situasi berubah, harga boleh menjunam semula ke zon sokongan sekitar 1.24000 sekiranya terdapat faktor-faktor terbaru yang mempengaruhi perubahan arah harga semasa.

Jatuh lebih rendah melepasi zon tersebut akan mendorong harga mencecah sehingga ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat