AUD/USD Terus Junam, Uji Zon Tumpuan Ketika Disember 2020

269

Meneliti harga pada carta pasangan matawang AUD/USD dilihat kekal junam setelah sahaja mencipta paras tertinggi terbaharu sepanjang tempoh 10 minggu sekitar 0.73000 pada pertengahan Januari lalu.

Junaman itu juga hampir untuk sekali lagi menjejaki  zon sokongan paling kebal untuk ditembusi iaitu sekitar 0.70000 serta yang mana ia dianggap sebagai paras terendah sejak dagangan September 2020.

Secara logiknya pergerakan harga turut menghasilkan Lower Low (LL) yang baharu dan terus bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk memberi gambaran kepada trend bearish.

Penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan bacaan positif sama sekali terus menyokong matawang USD untuk kukuh ketika permulaan dagangan 2022 ini.

Memberi sokongan untuk penguasaan USD lebih gah sebagai raja matawang adalah ekoran kenyataan hawkish pada mesyuarat FOMC baru-baru ini yang ingin menyegerakan pelaksanaan langkah tapering.

Prospek berkenaan juga secara tidak langsung sudah tentu bakal meningkatkan lagi keyakinan pelabur untuk menyaksikan USD terus cenderung dalam mencatat pengukuhan menuju penutup bulan Januari.

Justeru zon sokongan ketika ini pada 0.70000 dijangka akan terus dinilai untuk menyaksikan sama ada zon tersebut mampu untuk dilepasi atau bakal kembali menyokong pergerakan harga untuk melonjak.

Yakni penurunan lebih parah mengatasi zon sokongan itu sama sekali akan mendorong harga menuju ke zon sokongan berikutnya 0.69000 dan sekali gus akan mencatat paras terendah terbaharu 12 bulan.

Sebaliknya jikalau harga membuat semula lonjakan, sudah tentu zon SBR (support become resistance) pada  0.71000 dan trendline resistance dijangka akan sekali lagi diuji bagi mencipta Higher High (HH).

Namun lonjakan yang garang untuk membawa kembali petanda kepada trend bullish bakal disaksikan andai kata pergerakan harga berpotensi merobek trendline resistance itu dan mencapai zon 0.72000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat