AUDUSD Analisa Fundamental Harian 6 Nov 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-audusd-015

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7170 ke serendah 0.7125, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; selepas daripada ucapan Gabenor Stevens dan Penolong Gabenor Lowe. Gabenor Reserve Bank Australia Glenn Stevens berkata jika kadar bergerak tidak lama lagi, Australia akan menyaksikan lebih penurunan daripada peningkatan.

Bercakap pada sidang akhbar di Melbourne Khamis semalam, Encik Stevens juga mempertahankan keputusan RBA untuk tidak membayar ganti rugi kepada pengguna ekoran kenaikan kadar gadai janji baru-baru ini, sambil berkata bahawa ekonomi tidak memerlukan rangsangan dan kebanyakan isi rumah boleh menyerap kenaikan tersebut.  Beliau berkata kesimpulan yang masyarakat global boleh ambil dari krisis 2008 – sama ada betul atau salah – adalah perlunya ada lebih peraturan dan kawal selia yang lebih baik.

[adrotate group=”6″]

7 tahun selepas krisis kewangan yang menyaksikan runtuhnya Bank Pelaburan Lehman Brothers, ekonomi global berkembang pada kadar yang sederhana, dengan beberapa lagi kelemahan dalam keadaan di rantau Asia, pertumbuhan AS yang berterusan dan pemulihan di Eropah. Harga komoditi utama adalah jauh lebih rendah daripada setahun yang lalu, sebahagiannya mencerminkan lebihan bekalan, termasuk dari Australia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat