AUD/USD Menjunam Hampir 50 Pips Selepas Data CPI Dikeluarkan

50

Matawang Aussie jatuh mendadak awal pagi tadi selepas laporan CPI suku tahun ketiga dikeluarkan pada jam 8.30 pagi. AUD/USD susut 50 pip, atau 0.64 peratus kepada 0.7726 setakat jam 9.30 pagi.

Indeks harga pengguna (CPI) Australia meningkat lebih perlahan dan masih di bawah sasaran. Manakala inflasi teras pula kekal berada di bawah sasaran sebanyak dua kali pada tahun ini menyebabkan para pelabur menjual matawang Aussie dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan semakin pudar.

Sumber: Australian Bureau of Statistics

CPI Australia tahun ke tahun (September 2016-2017) naik 1.8%, namun masih di bawah sasaran 2% bank pusat dan juga di bawah purata inflasi sekitar 1.9%.

Bacaan ini menjadikan inflasi teras terus berada di bawah sasaran Rizab Bank Australia (RBA) selama 7 suku tahun berturut-turut menyebabkan para pelabur menjangkakan RBA akan terus mengekalkan kadar 1.5 peratus mereka.

Bacaa CPI (q/q) naik 0.6 peratus pada suku tahun ke tiga berbanding 0.2 peratus pada suku tahun kedua. Namun masih di bawah ramalan penganalisis yang melihat peningkatan sebanyak 0.8%.

Antara faktor yang mengekang kenaikan inflasi adalah kejatuhan harga sayur-sayuran, petrol dan telekomunikasi.

Harga tenaga menunjukkan peningkatana tertinggi, naik 8.9 peratus pada suku tahun ketiga dan menambahkan 0.25 peratus dalam peningkatan keseluruhan CPI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat